//Soft Blue

Home About Me Links Facebook
PELIHARALAH CINTA ILAHI
Sunday, 1 July 2012 | Sunday, July 01, 2012 | 0 Comment(s)

Ada orang pernah berkata pada saya "Bukankah Cinta itu buta? " Benarkah? Adakah Cinta Ilahi itu buta ? Mari kita sama-sama menjawab.

"Katakanlah : (Nabi Muhammad SAW)
Jika benar kamu mengasihi Allah maka kamu ikutilah daku ,
Nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosamu.
Apakah yang anda fahami daripada ayat tersebut ?
Yes. Al Quran itu penuh dengan bahasa cinta dan lafaz kasih sayang. Tidakkah cinta dan kasih sayang Allah itu tiada batasannya ? Sedangkan rahmat Allah itu pula sangat luas dan tiada penghujungnya.

Cinta itu sangat mudah untuk dimiliki dan sangat mudah untuk dilepasi.  Adakah Allah itu sayangkan semua hambaNya ? Ya. Allah itu terlalu sayangkan semua hambaNya. Rasa cinta selalu dilimpahkan. Tanpa kita minta. Tanpa kita duga.

Seorang ikhwah telah mengungkapkan cinta :

Cinta itu tidak mudah,
Perlukan pengorbanan,
Perlukan kegagahan,
Cinta itu wujud dalam pelukan tabah,
Perlukan kefahaman,
Perlukan ketoleransian,
Cinta itu senang pecah,
Perlukan penjagaan,
Perlukan perhatian,
Aku bersama cinta itu,
Memang jalannya sentiasa berliku,
Memang yang sentiasa berkorbannya aku,
Tetapi buah kesenangan daripadanya juga untuk diriku.
Jelaslah bahawa setiap cinta itu memang memerlukan pengorbanan. Cinta Allah itu yang abadi bukan ? Mengapa kita tidak mahu berkorban mendapatkan cintaNya ? Apa lagi yang kita mahu ? Semua sudah Allah beri. Kita hanya perlu membalas cinta Ilahi. Bersyukurlah wahai manusia ciptaan Allah.

Cinta itu terlalu banyak definisinya. Bermacam-macam cinta yang dicari , dikejar oleh manusia. Tetapi adakah itu yang anda mahu ? Sanggup berkorban segala-galanya demi cinta anda pada manusia ? Tetapi bagaimana pula terhadap cinta anda pada Allah. Fikirkanlah , adakah yang anda lakukan ini betul ? Atau cuma sekadar ingin memenuhi hawa nafsu semata-mata. Carilah cinta Ilahi , luruskan cintamu ! Agar ia meluruskan jalanmu menemui Cinta Ilahi yang abadi.

"Allah itu tersangat sweet kan ? "


Memang benar. Allah itu tersangat sweet , tersangat romantik. Macam mana nak tahu ? Cuba dekatkan diri denganNya. Macam mana ? Lakukan segala perintahNya , tinggalkan segala larangannya. Jika anda mempunyai masalah , mengadulah padaNya. Dia pasti mendengar. Selalu ber'dating' denganNya. Bisik-bisikkan doa juga. InsyaAllah hubungan anda dengan Allah semakin rapat.

Mengapa saya menyuruh anda berbuat demikian ? Kerana kewajipan seorang mukmin ialah mencintai apa yang dicintai oleh Allah , cinta yang mendorongnya melakukan apa jua yang diwajibkan. Semakin bertambah cintanya , semakin pantas dia menyahut seruan sehingga dia tidak berpada melakukan yang wajib sahaja.Sebaliknya dia bersungguh-sungguh memperbanyakkan amalan yang sunat juga.

Older Post | Newer Post
Welcome Bluely


Hello,you have enter this cute blog. iam ShalilaShahri, 6teen years old. iam blue lover. Hope you like my blog.REMEMBER ! If you enter this blog,make sure you hit FOLLOW botton.hehe :DD

Tagboard

Rules :
- No harsh words,speak nicely
- Hope boleh tegur kalau ada salah. :DD


Credits
Layout : Dian Az-zahra
Tutorial : Kak Lettha Qay
Background And Images : ABC
Best Viewed In Google Chrome